salam perjuangan,
Antara relevan Islam ini berbanding dengan agama lain ialah menghormati penganutnya, samada dari segi sejarah keluarga, latar belakang keturunan dan sebagainya.
Hal ini dapat menakis semua ajaran agama lain yang bersifat perkauman seperti India, Kristian , Buddha dan saya suka menamakan ajaran mereka ialah " agama pemisah perkauman".
Sebagai contoh agama India, kita dapat mengetahui secara jelas tentang budaya agama mereka lebih menguntungkan kaum India dan adatnya bersangkut paut dengan agama Hindu sendiri.
Jika kita lihat situasi di Malaysia, orang cina , India atau bangsa lain (selain daripada Melayu) yang menukar agama( new converter)akan disuruh oleh JAKIM atau pihak penguatkuasa untuk menukar nama mereka.
Saya pernah mengikuti forum yang dianjurkan oleh Shah Kirit, dia mengatakan antara kelemahan umat Islam untuk berdakwah kepada non-muslim ialah tidak mempromosikan Islam kepada mereka. Kita telah mengetahui antara beruntungnya Melayu di Malaysia ialah mereka dilahirkan dalam keadaan Islam akan tetapi penghayatan dan pengamalan sangat kebelakang berbanding dengan kaum "converter"..
Penukaran nama mereka kepada nama bersifat ke'araban' atau menukar nama bapa mereka kepada bin Abdullah ialah kurang tepat dari sudut neraca penilaian Islam. Islam menghormati salasilah keturunan mereka. Bapa mana yang sanggup namanya ditukar kerana anaknya masuk Islam. Perkara seumpama ini mendatangkan kesan yang buruk pada imej Islam seolah-olah Islam merupakan agama ke'araban'.
Jika dilihat sirah Rasulullah SAW, perkara seperti ini tidak berlaku. Dalam hadith ringkas, antara doa Rasul SAW supaya Islam ini dikuatkan dengan pengislaman Abu Jahal atau Umar Al-Khatab. Nama Saidina Umar tidak pun ditukar dan bapanya sekali pun tidak ditukar. Bahkan di dalam kitab Riyadus Solihin pada Hadith berkenaan dengan Niat ,nama Umar dan seluruh keturunannya dicatat sehingga moyangnya bernama Uzair(nama berhala) tidak dipadamkan.
Begitu adilnya Islam ini.
Jika PAS Sudi Mendengar
9 hours ago


