INSPIRING DA'WAH LEADING the UMMAH

" Katakan wahai Muhammad, Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, dan aku tidak termasuk dalam orang-orang yang musyrik"(Yusoff:108)

Salam perjuangan,

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi nikmat Iman dan Islam. Moga2 nikmat yang kita ada ini bertambah dan dijadikan momentum untuk kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Jalla Waala

Keputusan peperiksaan akhir tahun 2 sudah keluar. Ramai yang sedih dan ada yang berjaya. Kepada yang berjaya saya ucapkan tahniah dan semoga kecemerlangan ini anda dapat kekekalkan. Kepada yang gagal, saya tidak mahu katakan anda gagal, tetapi saya ingin mengatakan anda masih BELUM BERJAYA. Mungkin anda melakukan kesilapan teknikal atau mungkin juga disebabkan hubungan kita dengan pencipta Tuhan semesta Alam.

Muhabasah kembali CINTA kita kepada Rabb. Macam mana hak kita dengan Allah sering kita abaikan memungkinkan seseorang itu sukar untuk menerima ilmu. Ini kerana Ilmu ini ialah milik pencipta dan TOTALLY bukan milik kita.

Keputusan peperiksaan saya alhamdulilah lulus semua subjek. Ya Allah jangan jadikan kejayaan ini sebagai istidraj untuk Kau menghanyutkan aku ke arah kesesatan.

Sewaktu saya berada di UIA Kuantan(24-27/7), alhamdulilah saya dapat melepaskan rindu ukhuwwah Islamiyyah yang sama2 saya bina ketika pengajian di Darul Quran dan Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya. Terasa ketinggalan melihat sahabat2 saya memegang tampuk pimpinan yang tertinggi. Ada yang memegang jawatan SRC(Student Representative Council) dan bermacam2 lagi.Ada juga yang mampu untuk memberi pengisian dan ceramah kepada masyarakat. Bangga juga kerana sahabat satu " makan" , Bantal, dan menjadi orang yang "hebat" di kalangan masyarakat yang kedua terbesar iaitu mahasiswa.

Dua elemen yang perlu ada bagi seorang pemimpin ialah "Al-Quah"(kekuatan) dan Al-Amin (amanah) seperti mana yang ditafsirkan oleh Syeikul Islam Ibn Taimiyyah R.H. Tidak semua orang yang baik dan zuhud ,abid boleh menjadi pemimpin kerana sirah mencatatkan Abu Dzaar R.A ketika meminta jawatan kepada Rasulullah SAW, akan tetapi Rasulullah SAW menjawab " Kamu Dhaif ,dan sesungguhnya jawatan ini akan ditanya tentangnya di akhirat dengan penyesalan".walhal Abu Dzar adalah seorang sahabat yang zuhud dan Tawadu' akan tetapi Rasul SAW tidak membenarkan beliau untuk menjawat jawatan tersebut.




Alhamdulilah saya dan sahabat-sahabat sempat untuk mencipta memori di Panching ,sebuah taman Rekreasi di Pahang. Di sini ,saya dapat melihat kejadian sunnatullah dalam menciptakan alam semesta ini. Kesemua kejadian yang berlaku seperti yang diaturkan menandakan Allah S.W.T tidak pernah TIDUR dan sentiada HIDUP dalam memerhatikan hambaNYA.

Saya insyallah akan berlepas ke Mesir pada 5/8/2009 kerana kedapatan kerja2 unit yang tertangguh dan ingin melihat sahabat2 dalam mengambil peperiksaan ulangan. Ya ALLAH , berikanlah kejayaan kepada mereka dan tolong mereka dalam menuntut ilmu MU. Ya Rahim...

1 comments:

sedih..=(.anip x dtg pn umah aku...