INSPIRING DA'WAH LEADING the UMMAH

" Katakan wahai Muhammad, Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, dan aku tidak termasuk dalam orang-orang yang musyrik"(Yusoff:108)

Salam perjuangan,

Syukur kepada Allah SWT, Demontrasi ISA berjalan seperti yang dirancangkan. Walaupun tidak dapat menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan AGong, akan tetapi saya kira telah memberi impak yang besar kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa ISA, merupakan akta yang zalim dan sememangnya wajib dihapuskan. Perjuangan ini bukanlah terhenti di sini sahaja, akan tetapi akan terus menjadi main stream kepada ummat Islam di Malaysia ini.



Saya memberi kredit kepada Obama president AS ke-44 yang telah menutup beberapa kem tahanan , sedangkan para pemimpin di Malaysia sibuk untuk mempertahankan akta ini.

Saya berasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri perhimpunan berkenaan kerana ada komitmen yang lain, ramai sahabat UIA yang mengajak saya untuk pergi , akan tetapi jika ingin badan ini berpecah kepada dua saya akan kerat dan bahagikan kepada dua.

Alhamdulilah percutian saya selama sebulan di Malaysia, banyak mengajar saya erti zikir dan fikir. Kepentingan menghargai masa bersama dengan keluarga, menjalinkan hubungan dengan sedara-mara yang tidak pernah kenal sebelum ini. Banyak juga idea2 untuk dikongsi daripada sahabat-sahabat saya di UIA dan sempat juga menjejakkan kaki di Perjabat Perhubungan PAS Kuala Terengganu. Melihat ustaz-ustaz yang semuanya insyallah ikhlas berkerja kerana Allah SWT. Mereka lah yang patut diberi penghargaaan kerana saya dikhabarkan gaji yang mereka boleh hanyalah sedikit dan tidak cukup untuk menampung KOS hidup.

Merekalah orang yang disebut di dalam Al-Quran

" Di antara orang2 yang mukmin, ada orang2 yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, dan ada di antara mereka yang gugur yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya" (Al-Ahzab: 23)

Semoga lebih ramai lagi pendokong gerakan Islam sedunia tidak kira, PAS, Hamas, Jamiatul Islami, dan PKS mempunyai hati dan nurani ikhlas memperjuangkan agama Allah dan mempertahankannya sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Saya sangat dukacita melihat Youtube , beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di siksa dan dipukul oleh pihak FRU, sedangkan ada di kalangan mereka adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Sepatutnya mereka diberi penghormatan seperti wakil rakyat UMNO dan BN. Inilah FRU yang ditunggang oleh Jentera BN. Kesian kepada Tuan Guru Presiden apabila jatuh tersungkur ditolak oleh badan gergasi FRU, Mujurlah unit amal sempat melindung dan mempertahankannya daripada dicederakan oleh FRU. Dikhabarkan lebih 500 lebih yanng ditahan ada ramai juga dikalangan wanita dan penuntut Universiti. Sahabat saya ada yang mengadu kerana terkena semburan air water cannon yang sangat pedih. Beginilah cara kerajaan Malaysia mengajar apa erti demokrasi.

Semoga Allah menempatkan roh Adun PAS Pematang Pasir , Datuk Hamdan di kalangan orang2 yang syahid memperjuangkan Islam tercinta. Pilihanraya kecil akan diadakan dan saya fikir tempat itu merupakan kubu kuat PR.Akan tetapi Jentera PR tidak boleh leka dan kita mendoakan kemenangan calon PR di sana.

let's create our country better place for our lives, our nation, our future generation..PAS for All.

0 comments: