Salam perjuangan,
Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan keampunan di limpahan cahayaNya dapat saya meneruskan perjuangan di bumi Anbiya ' ini. Lafaz syukur ini saya harapkan tidak terhenti walaupun saya akan diuji dengan cabaran dan ujian yang bakal saya hadapi, mungkin dengan cabaran "politik" di sini atau pelajaran yang lebih mencabar pada tahun 3 perubatan nanti.
Melihat sahabat2 yang bertungkus lumus untuk study dalam fatrah cuti ini sangat meyakitkan. Ada yang sabar dengan ujian ini, ada yang semacam tidak mahu meneruskan perjuangan di sini. Walau bagaimana sekali pun, Allah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya adalah seorang yang sedang berjinak-jinak dengan FACEBOOK.
Entahlah kadang-kadang jika disalahkan niat atau penggunaannya boleh mendatangkan maksiat kepada Allah Jaalla walla. Akan tetapi saya menggunakannya untuk berhubung dengan sahabat2 lama, satu sekolah , DQ dan UIA matric. Melihat gambar2 sahabat-sahabat di Malaysia. Alhamdulilah rata-rata nya akan bakal digelar "pekerja" kepada parti Islam Se-Malaysia PAS, satu jemmah harakah Islam yang menokah arus perdana masyarakat di Malaysia. Kadang-kadang bahtera PAS di landa tsunami politik oleh pihak lawan. Ada juga sahabat-sahabat saya yang dulu yang satu "bahtera" dengan saya akan tetapi sekarang lain pula jadinya.
Ya Allah tetapkan lah pendirian aku dalam berintima' dengan gerakan Islam. Tapi aku baru oktober ini mencecah 23 tahun , kadang-kadang aku berasa malu , dan ghibtoh(cemburu yang dibolehkan) dengan figure2 mahasiswa yang sebaya ,boleh lead demontrasi dan boleh berhadapan dengan masyarakat ,menabur bakti pada rakyat aku malu dengan Sultan Muhammad Al-Fatih yang membuka kota Konstantinople pada usia 18 tahun seperti mana dalam hadith Nabi SAW
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)Sedangkan aku masih terkebil-kebil di bumi Anbiya' mencari secebis ilmu untuk dijalankan bekalan kepada perjuangan Islam. Setahun sudah berlalu, aku telah memegang satu portfolio Unit Pembangunan Insan PCM, ku rasa masih begitu banyak tanggungjawab yang tidak terbuat sedangkan aku mampu membuatnya. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini. Aku sangat lemah dan jangan lah Kau menyerahkan urusan ku kepadaku walaupun sekelip mata. Jika diikutkan hati mahu jer aku tidak melepaskan jawatan dan melaksanakan segala amanah itu dengan baik dan membaiki segala kesalahan aku yang lepas ini. Tapi Allah yang tahu... Pengajaran dan ibrah mestilah diambil daripada setiap perjalanan kita menuju kepada Allah.
Dia yang mencaturkan perjalanan hambaNya. Seorang hamba yang bersalah kepada tuan yang mungkin boleh meminta maaf dengan beberapa kali sahaja dengan satu dua kesalahan . Tapi manusia boleh meminta maaf kepada Allah Taala seinfinitinya selagi mana tidak syirik seperti Hadith yang sahih menceritakan pembunuhan yang dibuat oleh seorang pemuda yang membunuh seramai 100 orang. Ahli ilmu itu berkata, "apakah yang menghalang kamu daripada bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah".

Cermin diri dan katakan pada diri , " aku mampu mengubahnya" . Aku mampu menjadi seperti tokoh Islam dan kaburi segala pandangan negatif orang sekeliling terhadap kita.
Ujian Ramadhan
Seluruh ummat Islam akan menyambut Ramadhan dalam dua hari lagi. Jadikanlah madrasah/ sekolah ini menjadi titik permulaan untuk hijrah ke arah kebaikan dan jangan sekali kita memandang enteng dengan "madrasah yang turun dari langit"ini. Moga-moga dengan semangat Ramadhan pada kali ini menjadikan kita manusia yang semakin berguna kepada ummat Islam dan seorang hamba yang memiliki jiwa dan hati nurani yang ikhlas beribadah dan melaksanakan tugasan khalifah yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita.
Ramadhan di Mesir ialah satu nikmat yang saya tidak dapat lupakan. Sudah kelihatan tanglung dan hiasan dari kebanyakan "syaah". Sangat tenang menyambut Ramadhan di sini bersama-sama dengan sahabat-sahabat dan pengajian kitab Riyadusolihin dan Azkar.
Moga usia yang semakin matang ini dapat mengubah pemikiran kita lebih realisitik dan bernas untuk perjuangan Islam
Salam Ramadhan....


