INSPIRING DA'WAH LEADING the UMMAH

" Katakan wahai Muhammad, Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, dan aku tidak termasuk dalam orang-orang yang musyrik"(Yusoff:108)

Salam perjuangan,

Syukur kepada Allah Taala , Kemenangan kita menyambut Syawal adalah kemenangan yang besar untuk ummat Islam, yang ditaklifkan oleh Allah untuk bermujahadah di Bulan Ramadhan. Alhamdulillah semalam kedatangan pelajar baru ke sini melalui agensi seperti GMN dan sebagainya.Kehadiran pelajar baru ke sini , medic dan sebahagiannya dentist memberikan impak yang besar kepada kami di Mansurah ini untuk memberikan sebaik mungkin tunjuk ajar dan nasihat kepada adik-adik baru yang sampai ke sini.

Tanpa mendiskriminasikan awak ini datang dengan agen atau KPT, JPA mahupun MARA, semestinya pucuk pimpinan Persatuan di sini mestilah membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka, menyambut dengan penuh senyuman dan bersangka baik kepada mereka dan hal ini dituntut dalam Islam.

" Wahai orang-orang yang beriman , jauhkan diri kamu daripada bersangka , sesungguhnya sebahagian daripada prasangka adalah dosa" (Al-Hujurat :12)

Saya sendiri mengakui ada kelemahan dan kontradiknya jika pelajar yang datang daripada agen tidak terkawal dan buktinya kelemahan akademik merupakan masalah yang utama yang sukar dibendung sehinggakan Mansurah dibanjiri oleh pelajar yang mengulang tahun dan paling banyak menduduki peperiksaan ulangan. Ada juga pelajar yang datang daripada saluran yang sah akan tetapi mempunyai masalah yang sama.

Segelintir agen yang menguruskan pelajar ke sini mempunyai Bussiness on purpose tanpa mengambil kira kelayakan yang sepatutnya sebagai indicator untuk pengambilan pelajar baru.

Salah Siapa?

Tidak 100% pelajar yang datang melalui agen yang mempunyai masalah akademik..Ada di kalangan mereka merupakan golongan yang leading dalam batch mereka.

Ibu bapa tidak juga kerana mereka mempunyai tujuan atau matlamat hidup untuk mempunyai anak yang berjaya menjadi doktor.. Mungkin juga segelintir daripada mereka yang sangat mendesak anak mereka sehingga menepikan minat dan kemampuan anak mereka.

Saya boleh membuat kesimpulan di sini, mereka yang mengaturkan kejadian ini ialah golongan politik dan sesetengah pihak yang memanipulasikan pelajar , hasilnya pelajar senior akan melenting dan ada di kalangan mereka yang bermasam muka dan memandang enteng kepada adik-adik yang datang daripada saluran yang so called tidak sah...

Pihak kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab seolah-olah ingin mempermainkan pelajar dan melaga-lagakan pelajar. Bersikap seperti talam dua muka...

Islam itu agama Nasihat...

Hadith Nabi SAW Daripada Abi Ruqayah Bin Ausin Ad-Dari R.A "Ad-dinul Nasihat.Kepada siapa? Para sahabat bertanya..Kepada Allah, kepada kitab-Nya ,kepada Rasul-Nya dan kepada pemimpin dan rakyatnya (Riwayat Muslim)

Dalam kitab Fathul Mubin merupakan syarah matan Arbain, karangan ulama ' Syeikh Ibnu Hajar Al-Hataimi

1) Kepada Allah : beriman kepadaNya, tidak mensyirikkan Allah
2)KitabNya : Beriman dengan AlQuran, bertadabur dengannya, hukum hakamnya.dsb
3) rasulNya : beriman dengan apa yang datang dengannya yakni Sunnah Nabi SAW...

Pelajarannya

1. Agama Islam berdiri tegak diatas upaya saling menasihati, maka harus selalu saling menasihati diantara masing-masing individu muslim.

2. Nasihat wajib dilakukan sesuai kemampuannya.

Inilah Islam yang kita bawa..Janganlah kita menjadi orang yang hanya pandai dan petah berkata2 dalam mengkritik sesuatu akan tetapi kita tidak menjadi orang yang melaksanakan Islam dan kandungannya.

Gerakan Islam sudah banyak dan melimpah dengan orang yang berkata-kata akan tetapi sangat kekurangan dengan orang yang melaksanakannya..

Berilah harapan yang baru kepada adik-adik ini. Sesungguhnya kita bersangka baik bahawa tujuan mereka untuk datang ke sini adalah semata-mata untuk mencari secebis ilmu untuk dijadikan bekalan kehidupan di dunia dan akhirat. Semua ilmu adalah segala-galanya milik Allah S.W.T . Kita tiada langsung hak untuk menyekat mereka daripada berada di sini apatah lagi menyekat mereka untuk menuntut ilmu dan mana tahu mereka pada masa akan datang menjadi pejuang dalam menyebarkan risalah Islam. Semoga mereka semua mendapat naungan ,rahmat Allah Taala.. Kita sama2 doakan keberadaan mereka di sini memberikan" imbuhan" dan Rahmat Allah Taala.

0 comments: