INSPIRING DA'WAH LEADING the UMMAH

" Katakan wahai Muhammad, Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, dan aku tidak termasuk dalam orang-orang yang musyrik"(Yusoff:108)

Sambutan Aidilfitri Peringkat PCM di Vistana Al-Fateh


Salam Perjuangan,
Alhamdulilah , Syukur kepada Allah Taala kerana dengan izin-Nya dapat kita bertemu dengan 1 Syawal 1430 H yang sememangnya menjadi penantian terutamanya masyarakat di Malaysia. Situasi di Mesir ketika penghabisan Ramadhan , mereka bertungkus lumus melakukan Qiamulail terutamanya masjid yang terutama seperti Masjid Salab, Masjid Masakin , Firdaus yang berdekatan dengan perlembahan Tira'ah. Seronok juga rasa yang walaupun tidak dapat bersama keluarga , alhamdulilah secara fitrah seorang insan itu memang lah terasa sedih kerana beraya di perantauan tanpa bersama keluarga. Suasana di sini , walaupun tidak seperti di Malaysia yang meriah dengan teriakan kanak mahupun orang tua yang ziarah -menziarahi antara kaum kerabat saudara mara, Islam tidak melarang bahkan menyuruh kita bergembira kerana tujuan Hari Raya di syariatkan ialah supaya kita bergembira dengan kemenangan iaitu kemenangan mengatasi dan menundukkan hawa nafsu setelah mana kita sebulan berpuasa di Bulan Ramadhan. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H 2009. Semoga kemaafan kalian melunakkan saya untuk terus hidup di dunia yang fana ini. As a muslim, Be the best among the best...

balik dari solat Rumah Akhowat..lapar plak...


p:s - Kepada ayah dan ibu, maafkan anakanda dari hujung rambut dan segala dosa yang banyak(walaupun dosa kecil) ini..maaf tidak dapat pulang raya ini...

1 comments:

sapa hati mung dok balik raya kat malaysia...sedih aku!