INSPIRING DA'WAH LEADING the UMMAH

" Katakan wahai Muhammad, Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, dan aku tidak termasuk dalam orang-orang yang musyrik"(Yusoff:108)

Salam perjuangan

Alhamdulilah syukur pada Allah kerana Allah berikan kekuatan untuk saya menempuhi Ramadhan di Bumi Anbiya'. Ku panjatkan kesyukuran kerana setakat ini program Balighna Ramadhan 09 berjalan dengan lancar. Mungkin pemilihan Ajk yang kesemuanya berkaliber dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan setiap perlaksanaan. Suasana menyambut Ramadhan amat meriah, disusuli dengan pelawaan arab untuk berbuka puasa di rumahnya. Cumanya yang tidak best ialah kedatangan Ramadhan disambut dengan kenaikan harga barang-barang runcit dan makanan. "leh keedah".aku bertanya.."ala shan Ramadhan"Jawab arab tu dengan penuh selamba.

Alhamdulilah , baru-baru ini Allah S.W.T mengujiku dengan kesihatan yang tidak berapa elok. Harap2 ujian itu merupakan kafarah dosa-dosa ku yang telah ku lakukan.

Firman Allah S.W.T" Orang-orang yang yang ditimpa musibah , mereka berkata kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali , mereka itulah yang memperoleh ampunan rahmat dari TuhanNya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".
(surah : 156-157 , Baqarah)

Di bulan Ramadhan ini, pelbagai keazaman yang ditanam, seperti menghabiskan Quran, membaca buku seperti "Bercinta sampai ke Syurga" karangan Ustaz Hasrizal, Bedah Buku Fiqh Perbandingan. Fiqh Perbandingan membincang persoalan hukum-hukum dan pengambilan dalil serta pemilihan pendapat yang Rajih, serta buku Haraki iaitu Jalan Dakwah antara keaslian dan penyelewangan karangan Mustafa Masyhur serta buat revision sedikit buku medic tahun 2 dan 1 yang lepas. Pastikan masyi Anat dan Physio kerana dua subjek penting untuk anda master Preclinical year.

R
amai sahabat kata kata saya " Hanif, kalu aku jadi kau, aku dah lama cuti kat Malaysia, cuti puas-puas sebelum naik tahun 3, rehat puas2 sebelum di susahkan pada tahun depan...heheh pastu raya kat Malaysia, bapak bestnya, kata sahabatku Sotd.

Aku menjawab, ALa, nanti lepas habis Medic kau raya raya lah Puas 2 kat Malaysia, walaupun ku tahu jawapan itu bukan lah tepat dan dapat menjawab "gurauan sahabatku tadi". Ini kerana Kerjaya seorang Doktor memang diakui tidak mempunyai cuti yang menyenangkan kepada mereka yang ingin duduk rumah jer. Memang lah raya kat Malaysia best, tapi tanggungjawab aku di sini siapa yang nak pikul. Lagipun raya di perantauan merupakan bukti yang kukuh bahawa seseorang itu belajar overseas. Banyak peluang menimba ilmu di sini. Jika seseorang itu nak datang ke Mesir semata-mata nak mengambil perubatan baik amik kat Universiti lain yang lebih hebat lagi.

Kalu ikut nak mantap medic, aku rela pilih Cyberjaya kerana aku pernah ditawarkan ke sana, walaupun mahal tapi ada MARA. tapi tetap ku pilih Mesir. Entahlah ketika di bangku sekolah , aku memasang niat untuk mengikut jejak langkah senior SHAMS ramai ke overseas. Akan tarbiyyah Tuhan lebih penting, Allah "menyekat' sebentar dengan ilmu Kifayah ini dengan menyuruh aku menuntut ilmu seperti menghafaz Quran dan ilmu haraki, tidak lupa ilmu agama di UIA matric. Mungkin ada hikmahnya pertambahan usia ini menyebabkan sedikit tua dari sahabat Batch. Ala relax lah... Usia guna untuk ilmu adalah seafdhal2 tuntutan. Aku terharu dengan semangat ustaz Hairul Nizam kerana sanggup tunggu setahun semata-mata untuk mengulangi program master iaitu Usul Fiqh daripada tahun satu balik. So untuk sahabat-sahabat yang kena ulang tahun, jangan putus asa, USia kita "baziri" dengan ilmu merupakan satu peluang daripada Allah untuk mendidik kita.

Moga Allah menyelesaikan urusan hambaNya yang dhoif ini....






1 comments:

mantop dh..hg grad lmbt dr aku, kn?? kira aku kawin dulu la yea..!!!