SIK 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.
Perdana Menteri berkata, ini kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.
Beliau berkata, perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.
''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?
''Walaupun tidak ada label Islam tapi kita telah melaksanakan tuntutannya, melakukan perubahan sehingga mengubah nasib peneroka Felda.
''Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam,'' tegas beliau.
Beliau menegaskan demikian dalam ucapannya pada Program Rahmat Ramadan Warga Felda (PRRWF) 2009 di Masjid An-Nur, Felda Teloi Timur di sini, hari ini.
Najib berkata, kerajaan tidak mahu Islam dianggap lemah tanpa menguasai pelbagai bidang termasuk ilmu, ketenteraan dan ekonomi.
''Kita tidak mahu melihat umat Islam berbalah seperti di Iraq sehingga masyarakat hidup dalam ketakutan di mana-mana,'' katanya.
Beliau turut meminta umat Islam mengambil iktibar ibadah pada bulan Ramadan dan perjuangan Rasulullah SAW dalam membentuk kekuatan rohani serta jasmani.
Perdana Menteri memberikan contoh, peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadan, seramai 313 umat Islam berjaya menewaskan musuh yang lebih besar walaupun dalam keadaan berpuasa.
''Mengapa tidak ambil panduan menerusi perkara ini. Kalau menerusi ibadat puasa pada zaman Rasulullah boleh menang, mengapa kita pada zaman ini tidak boleh mencipta kejayaan,'' katanya.
Perdana Menteri juga berjanji akan memastikan peneroka Felda sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan.
''Sebab itu, sejak dulu semasa saya menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri, saya minta untuk jaga Felda dan sekarang pun apabila menjadi Perdana Menteri, saya tak mahu lepaskan Felda," kata beliau.
Ulasan saya:
saya membaca berita di atas macam nak muntah! adakah UMNO lupa pengkhianatan mereka terhadap agama. Lihat sahaja DS Najib mengulas isu kartika, beliau mengatakan utama tarbiyyah...Di dalam isu ini sebatan itu islam tidak pertikaikan. Memang ada Hadith dan sirah-sirah mencatatkan ada nya hukuman ke atas peminum arak dan di sini berlaku khilaf terhadap bilangan sebatan. Saidina Ummar AlKhatab mengenakan 80 kali sebatan dan zaman selepas itu 40 sebatan. Akan tetapi hukuman sebatan samada sekali ada.Utamakan Tarbiyyah apa ye jika kilang arab tak roboh, club malam diberi lesen dan Genting still beroperasi? Huh malunya nak mengaku Parti Islam..
Adakah UMNO sudah lupa ketika mana Ummat Islam di Narathiwat di serang dan dibunuh, apa yang menteri LUAR umno kata" kita tidak akan masuk campur terhadap urusan Selatan Thai?". Ini ke parti Islam??
Najib ahli Tafsir?
Kemiskinan mendekati kekufuran...Adakah beliau tidak sedar bertapa ramai orang yang kaya-raya lagi mendekati kekufuran. Datuk-datuk MELAYU meminum arak, berdua-duaan, isteri-isteri mereka mendedah sewenang-wenangnya aurat bercampur laki perempuan, lagi ramai di kalangan mereka FASIQ iaitu melakukan dosa-dosa dan meninggalkan perintah Allah. Rujuk semula tafsiran Hadith dan pandangan para ulama'. Jangan ikut sedap mulut je tafsir.
ISU KEMISKINAN
Mana-mana kerajaan yang terdapat di muka bumi ini wajib ke atas mereka melaksanakan kebajikan ke atas rakyatnya.itu sebab mereka dipilih oleh rakyat. Tidak hairan jika kita mendengar kerajaan membasmi kemiskinan kerana itu merupakan tugas mereka. Jika nak banding kerajaan Malaysia dengan Britain dalam isu membasmi kemiskinan, saya berpendapat mungkin Britain mendahuluinya dengan memberi duit sara diri kepada rakyat yang tidak berkerja untuk mereka meneruskan kehidupan
Adakah UMNO menjuarai isu-isu untuk membela Islam?
Lihat sahaja isu ummat Islam sedunia, Maria Serbinni , Pembunuhan Ummat ISlam di GAZA, di China dan pelbagai lagi, walaupun UMNO tidak bersuara at least jangan lah menjadi tali barut untuk menyokong perbuatan penindasan ummat Islam.
Penting!
Apa yang penting kepada sesebuah parti itu adalah DASAR nya. Jika dasar menyeru kepada sesuatu selain Islam maka Islam tidak mengiktiraf pertubuhan itu. Rujuk buku Siapakah jemaah Islam sebenar karangan Dr Abdullah Azzam...


