Salam perjuangan,
Syukur , syukur , itu lah ungkapan aku kepada Allah S.W.T..Di berikan kita nafas untuk meneruskan hidup di bumi ini. Hari ini merupakan hari yang padat dengan kelas dan hari yang terakhir dalam minggu ini sebelum cuti Jumaat dan sambung pula kelas pada hari sabtu. Beginilah rasanya apabila kelas berlangsung 6 hari seminggu. Tidak pernah dilalui sejarah hidupku..apa pun janji Allah Taala dalam surah Al-Ankabut
" Barangsiapa yang bersungguh-sungguh (jihad) untuk mencari keredhaan kami, Sesungguhnya kami akan menunjukkan jalan-jalan kami " (69)
Sudah lama tidak update blog yang kelihatan usang lantaran jadual yang padat pada tahun 3 perubatan. Tahun ini subjek diambil adalah Pharmacology, Parasitology, Microbiology dan Pathology. Keempat subjek ini merupakan killer subjek bak kata orang.. Tapi sebenarnya mungkin juga ungkapan itu sebagai mind setting sahaja kerana lantaran subjek ini diajar selama setahun berbanding 4 subjek sebelum ini diajar selama dua tahun.
Apa-apa pun marilah kita meletakkan penuh kepada Allah Taala. Lantaran kecintaan dan ketaatan kita kepada setiap perintahNya mengamit hati ini untuk terus bertawakal kepada Allah. Mungkin kah aku ditambah ujian yang sudah sedia ada ini dengan pelbagai tanggungjawab..? Jawapan Ya..Kerana tanggungjawab sememangnya tidak dapat lagi walaupun seseorang insan itu cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam gua. Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hatinya satu fitrah untuk menjadi dan ber"baiah" menjadi pejuangnya.
Mujahadah lah...
Dikatakan dia ini mempunyai minat untuk menghafal Al-Quran dalam keadaan yang agak ketinggalan daripada batch kami lantaran dia ini memasuki DQ agak lewat. Akan tetapi dia mempunyai satu keazaman untuk habis dan khatam Quran bersama2 dengan kami. Tindakan yang dia buat ialah dia memaksa dirinya untuk menghafal sebanyak mungkin pada sehari demi sehari. Kami yang sudah lama ini boleh dikatakan purata 5 muka surat sehari dan 1 juz seminggu. Akan tetapi "orang ini" pada permulaan hanya satu muka atau dua muka sehari.Bayangkan seminggu 7 muka atau dan kurang dari setengah juz!!! Ketika itu , ku sangkakan hasrat dia untuk mengkhatam Quran bukan setakat bersama2 kami akan tetapi belum tentu cukup masa selama 1 1/2 di DQ. Beberapa sahabat2 kami tidak putus untuk beri semangat kepada abang ini (lupa nama)untuk terus mujahadah menghafal.
Dari hari ke hari , kualiti hafalan dia meningkat, semakin lama semakin lancar dan bertambah bilangan mukasurat semakin bertambah. Kami seolah2 kagum dengan peningkatan si "dia " ini. Tahajud dan Doa menjadi "teman berbicara" .....................
Setelah lama kami bertapa di gua DQ semasa hari khatam , aku tidak melihat kelibatnya, owh rupanya dia belum habis lagi. Setelah itu aku memasuki Matrik UIA dan semasa Ogos 2005 kami dan "dia" berkonvo sama2 .....
Di dalam hatiku sehingga kini " model story " dijadikan contoh untuk aku teladani. "Abang " itu mempunyai CINTA dan TAWAKAL yang kuat membolehkan dia terus melangkah dan sekali sekala menoleh ke belakang untuk melihat di manakah lubang atau perangkap yang terpijak supaya pada masa akan datang tidak terpijak lagi..
Kerana CINTA dan TAWAKAL "dia " bermujahah melawan nafsu malas , nafsu makan dan sebagainya semata-mata mempertingkatkan kualiti hafalan dan daya ingatan. Dijaganya makanan dan perlakuan supaya tidak ilmu yang diperoleh tidak terhijab...
Kerana Cinta dan TAWAKAL.............


