INSPIRING DA'WAH LEADING the UMMAH

" Katakan wahai Muhammad, Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, dan aku tidak termasuk dalam orang-orang yang musyrik"(Yusoff:108)

Salam Perjuangan,

Di saat ni, saya baru balik daripada mengutip borang Maklumat Diri untuk SC anjuran UPI ,PCM..
Saya menghela nafas panjang kerana bukan senang nak terang Smart Circle dari rumah ke rumah. Alhamdulilah ,secara puratanya hampir 1/3 daripada keseluruhan daripada mereka menyambut program SC dengan baik. Tentu sahabat2 terkejut kenapa 1/3?? kenapa bukan 3/3 @kesemuanya menyambut dengan baik..Jawapannya senang jer iaitu 2/3 masih lagi dalam keawangan-awangan nak join tak SC.

Saya bertanya kepada mereka yang mahu sebab mereka kumpulan minoriti..sebab saya pelik kenapa mereka nak mereka ini diprogram...Alhamdulilah, mereka menjawab mereka ingin ditarbiyyah dan dididik...Selain itu, mereka mahu kan sentuhan kasih sayang daripada senior2 senior mereka..Terkejut saya mendengar rupa-rupaya disebalik kumpulan junior yang di katakan "masalah" masih terselit golongan macam ini. Abg Hanif, saya memang nak sangat Smart Circle ,dah lama saya tercari2 sejak datang sini.."saya tersentak dari lamunan, Ya Allah , adik ini mahukan bimbingan daripada senior yang berfikrah Islam...Tapi alangkah malangnya ada usaha2 dari segelintir orang yang kononnya USTAZ tapi saya katakan langsung tidak mempunyai cita2 ISlam memerintah...GOLONGAN ustaz ini HANYALAH MENJAGA JUBAH DARIPADA TERPERCIK DARAH, mereka ini sudahlah menanam PCM tu PMRAM, halang pulak orang buat baik, halang program agama. Kesian pada iklan Madrasah IMAM Nawawi disembunyikan dan dihalang untuk diedarkan.Itu lah durjana orang yang bertopengkan agama.Doktrin SC ini program merosot kan akademik. Wahai sahabat2,ramai kawan2 yang masalah akhlaq lagi teruk result dari orang yang join program PCM dan Madrasah Imam Nawawi.

Saya berkata kepada junior tersebut supaya menanam satu semangat kerbersamaan.Tak kisah daripada puak mana pun, tapi ukhuwah Islam mestilah didahulukan.. Semangat ukhuwwah itu adalah segala-galanya. SC merupakan wadah penyatuan fikrah dan semangat kerbersamaan. Kita tepikan persoalan background dan marilah bersama2 mendokong sebarang usaha ke arah kebaikan..

Perlu diingatkan Unit Hisbah bukan lah suatu unit yang DIWUJUDKAN UNTUK DIBENCI tapi untuk mencegah..sebelum Unit Hisbah mengambil tindakan. Unit UPI, dan Mentor Council hendaklah memahamkan mereka perkara2 yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Adalah tidak adil jika Unit Hisbah mengambil tindakan tanpa "mereka " mengetahui yang mana satu haram atau halal. Ayuh senior2 marilah sama2 kita mengembleng tenaga menjadi Facilitator untuk adik2 yang inginkan SC.

Hendakkan kita melihat adik yang mempunyai semangat itu berlalu begitu sahaja dan tidak dibangunkan potensi dia..Maka kita dah kekurangan tenaga pada masa akan datang..

Saya fikir UPI akan datang bukan berfikir untuk membangunkan semua orang..Tapi fikirkan cara macam mana untuk membangunkan manusia untuk digunakan untuk membangunkan semua orang..Tahun ini mungkin kita tidak dapat mengislahkan semua orang di Mansurah ini. Akan tetapi tahun ini sekurang-kurangnya kita telah "mengejutkan" orang daripada tertidur di medan perang untuk terus berjuang di medannya.

Sedih ,ada senior yang tahu study sahaja, nak mumtaz dan Jayyid Jiddan sorang2 ...Membiarkan sahabat2 lain terkapai..Kawan sekeliling pun tak dapat manfaat jika "senior bijak" ini dapat kejayaan melainkan untuk diri sendiri..SGT SEDIH....

Ya Allah , kau bagilah PEMUDA yang bijak untuk aku susun strategi dakwah di sini...

Wasalam

0 comments: