Salam perjuangan,
Sudah hampir satu minggu saya berada di Bumi Malaysia, mendengar satu persatu cerita tentang keluarga semenjak setahun lagi pemergian saya di Mesir. Banyak cerita suka duka yang dialami, menandakan kita selaku hambanya tidak mempunyai kuasa untuk menidakkan taqdir dari Ilahi.
Banyak perubahan pembangunan di kampung ini, dulu ketika saya masih kecil, saya masih ingat setiap hari saya bermain dengan kawan-kawan dengan pelbagai acara permainan. Lastik burung, tangkap ikan , bermain bola, badminton dan sememangnya saya hidup di suasana kampung akan terikut dengan " musim permainan kampung". ada guli, senapang getah, buah getah, lempar selipar , bedil ,wau, gasing, bola dan susun tin. Seronok tidak terhingga sehinggakan emak saya terpaksa panggil saya untuk makan nasi di rumah dan solat magrib. Cerita ini berlaku kira-kira 15 tahun yang lalu ketika saya sekolah rendah.
Tahun dunia kanak-kanak zaman sekarang dah berubah, adik bongsu saya yang beza jarak umur dalam 10 tahun tidak seperti kanak2 dulu. Dia bermain Play station 2 dan permainan komputer dan sebagainya. Mungkin sebab itu kanak2 sekarang agak manja dan mungkin juga terkehadapan dalam teknologi.
Ketika saya mengalami kecederaan akibat bermain, saya cuba sembunyikan perkara ini daripada mak saya, ternyata,agar sukar kerana jiwa mak sangat dekat pada anaknya. Kasih sayang mak dan ayah sampai ke syurga , cinta tanpa syarat dan mereka sedia menerima keadaan saya yang serba kekurangan.
Hal ini berbeza dengan anaknya, yang mana sayang mereka terhadap mak dan ayah tidak sampai pun pada makamnya. Doa sangat jarang diutuskan kepada mak dan ayah, hanya mengharapkan kedua orang tuanya untuk sentiasa memberikan sesuatu yang mereka inginkan.seperti harta, perkahwinan dan sebagainya tanpa memikirkan rasional dan kasih sayang mereka terhadapnya. Ya Allah , jauhkan aku daripada menjadi anak yang derhaka dan sayangilah mereka seperti mereka mengasihi aku sejak kecil lagi.
Permainan dulu tidak memerlukan kos yang mahal. Sebagai contoh jika ingin bermain bedil. Hanya perlu sepotong buluh , dan kertas surat khabar yang lembab untuk dijadikan peluru.
saya masih teringat ketika saya menembak kawan saya betul2 dihadapannya, sehinggakan peluru itu mengenai kulitnya. Sangat pedih.....Jika dibandingkan dengan harga PS 2 yang berharga RM 600. Di mana untuk saya mencari duit ketika kecil dengan sejumlah sebesar itu?
Akan tetapi kenangan yang diciptakan oleh 'permainan murahan' ini sangat meriah dan membentuk peribadi saya untuk terus berdikari tanpa terlalu bergantung kepada ibu-bapa.
Apabila kita berusaha sesuatu perkara tanpa bergantung kepada ibubapa, kita akan merasakan nilai sesuatu kejayaan. Berbekalkan harapan dan doa oleh ibu bapa menjadi satu teras motivasi yang jitu untuk kita melonjak ke arah kejayaan.
Saya masih teringat ketika saya menjadi Naqib dalam Smart Circle UIAM, anak-anak buah saya masing berasal di Selangor, ada di PJ, Kuala Selangor, dsbg. Mereka sangat 'hebat' orangnya. Ada yang pernah pergi Clubbing(pergi ke kelab malam), dan boleh katakan setiap orang dalam halaqah saya itu adalah perokok tegar. Semasa pengisian saya cuba mencukil sejarah masing2, ternyata antara sebab mereka menjadi begitu adalah sebab ibubapa melepaskan dan terlampau percayakan anak mereka, ada sampai membenarkan anak mereka melakukan apa sahaja.
Ibu bapa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi makan dan minum serta tempat tinggal dan duit belanja untuk anak-anak mereka. Tapi itu adalah ibu bapa haiwan.
Ibu bapa manusia berperanan dalam mendidik PHYSICAL dan MENTAL anak2 mereka. Akal mereka lebih memerlukan didikan berbanding dengan physical. Ini kerana akal yang waras mempengaruhi physical yang sempurna.
Bak kata pepatah arab mengatakan sesungguhnya akal yang baik (salim) mempunyai tubuh badan yang sihat.
Peranan Ibu bapa ketika anak mereka berkahwin.
Anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Masyarakat Islam terutamanya salah konsep dalam hal ini. Mereka menganggap tanggungjawab mereka mendidik anak terhenti sebaik sahaja ucapan akad nikah dilafazkan oleh anak mereka, baik laki2 mahupun perempuan. Sememangnya dari segi ketaataan memanglah anak perempuan mutlak kepada suaminya, akan tetapi adakah ibubapa tidak ada langsung hak untuk menegur anak perempuan mereka jika perbuatannya bercanggah dengan ajaran Islam. Tidak sama sekali. Proses follow up mestilah dilakukan dan apa yang paling penting ialah doa dan sokongan ibubapa ke atas perkahwinan anak mereka mesti diutamakan. Proses pendidikan hanyalah terhenti ketika ECG jantung kita flat dan constant.
PBL (problem based learning) mestilah dilakukan oleh ibubapa dan anak2 mereka. Ibubapa menerangkan kesilapan mereka dahulu dalam mendidik anak2 mereka, dan anak-anak mereka mestilah berazam akan tidak mengulangi kesilapan itu untuk mendidik anak mereka yang akan lahir. Barulah kita akan menghasilkan sebuah masyarakat yang belajar dari kesilapan.
Wasalam
Mutiara Kata
Tentang Saya
Berada di Tahun 2 Perubatan....
Bercita-cita untuk menjadi Seorang Daie yang memperjuangkan agama Allah..Semoga dipermudahkan...
Seorang pelajar, sahabat, seorang anak daripada 9 orang adik beradik, Berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman..Dilahirkan pada 8 Oktober 1986 di Hospital Sultanah Zahirah , Kuala Terengganu.
1991-1992 -Tadika Nurul Iman , Kemaman
1993-1995- Sek Keb Kerteh, Kemaman
1995-1998-Sek Padang Hiliran, Kuala Terengganu
1999-2003-SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu
2003-2004-Darul Quran (Persijilan UIAM),Kuala Kubu Baru..Selangor Darul Ehsan..
2005-2007-Matrikulasi UIAM, Sains Hayat , Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
2007-2013- Faculty of Medicine, Mansoura University
My Blog List
-
Jika PAS Sudi Mendengar9 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nisfu Sya'ban11 months ago
-
-
Blog Archive
Blogroll
- Abg Kadir
- Afiq Yusof DQ-UIAM
- amin idris
- ana muslim
- Baihaqi Hassan Cairo-meD
- Bukhari& Tg Saifuddin
- busra
- Dr Imran Ahmad
- Hilmi Yaakub
- huda Nordin ( X-Shams)
- Hudzaifah Ahmad Sharir
- Khairul Asyraf
- Mohd Aizat Suffian
- Muhammad Izzat Md Kamal
- Nik Fareez dan Husna
- Nik Hafreez
- Ridhuan Mat Husin
- Ridzuan Hussein
- Sahibul Afzan
- Shahidat Mohamed(UIAM)
- sufian Donia(UIAM)
- Syahidat Arkitek
- Tuan Mohd Mas 'ain
- Ukhti Rubiah Ismail
- Ust Adham Mansurah
- Ust Amin Taufiq Mansurah
- Ust Salman Maskuri
- Ust Syaari
- Ustaz Qadir Mansurah
- Zikrul Amin
Salam perjuangan,
Moga-moga semua sahabat-sekalian berada dalam keadaan "sihat" iman dan kesihatan yang baik,
Ungkapan ini diungkapkan oleh seorang mad'u saya ketika saya makan di restoran nusantara. Ketika mana kami (ust Salman, Aizat Soffian, Wan Safwan dan Izzul makan bersama). Kami melihat beberapa orang 'couple' yang sedang menyantapi makanan yang telah ditempah mereka.
Maka Aizat mencadangkan supaya kami duduk di sebelah bilik yang merupakan tempat makan akhowat. Idea itu di sambut baik oleh kami semua memandangkan dakwah ini menuntut pengorbanan walaupun perkara itu tidak kami sukai.
Sebelum kami duduk di bilik sebelah, si lelaki itu telah beredar dan tinggal lah anak2 gadis yang dahagakan sentuhan cahaya Islam.
Terdapat 3 orang di situ, 2 daripadanya tidak bertudung dan dan seorang darinya bertudung tapi berpakaian ketat.
Saya meminta keizinan untuk mengambil masa 5 minit untuk bersembang dengan mereka.
Dengan cepatnya salah seorang(MISS A) daripadanya menjawab "i'm not interested" dan terus beredar dari tempat itu dengan muka yang menunjukkan tidak berpuas hati. Niat kami memang nak bersembang dengan mereka dengan menyampaikan nilai Islam di dalam perbualan kami. Mujurlah baki daripada mereka sanggup mendengar 'celoteh' kami.
Di ikutkan hati ini rasa nak lempang jer perempuan itu. Akan tetapi Rasulullah SAW mengajar kita satu sirah yang penting dan saya rasa semua tahu. Ketika mana Rasul SAW berdakwah ke orang Thaif , Baginda dilontari dengan batu sehingga darah Rasul yang suci itu berkocak di dalam kasut. Ketika itu malaikat Jibril berasa marah dan meminta keizinan daripada Rasullullah SAW untuk menghempap mereka dengan bukit bukau.
Kata Nabi SAW , mungkin akan lahir daripada sulbi mereka , satu kaum yang akan beriman kepada Allah dan Rasul..
Nabi SAW terus berdoa " Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepadaMu, sedikitnya usahaku dan kehinaanku di hadapan manusia,WAhai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, Engkau lah Rabb kepada orang-orang yang lemah, Kepada siapakah Engkau serahkan aku?Kepada musuh yang bermasam muka, atau orang asing yang menguruskan urusanku?Keselamatan dariMu sangat luas, aku berlindung dari cahaya WajahMu yang menerangi kegelapan,memperbaiki urusan dunia dan akhirat,dan turunnya murka-Mu ke atasku dan kebencian-Mu menimpaku. Hanya milikMu segala keredhaan sehingga Engkau redhai,Tiada usaha dan kekuatan melainkan dengan Mu"
Penyebaran Islam bukan lah melalui ketegasan, sekiranya Miss A tadi tidak bersedia untuk menerima lagi Islam(dakwah) tidak akan ada paksaaan. dan dia boleh beredar sekiranya tidak mahu. Sikap para Daie hendaklah mendoakan supaya Miss A tadi akan ketemukan hidayah dan masa yang sesuai untuk dia terus mendengar ...
Ya Allah berikan mereka hidayah dan jalan yang Engkau redhai...
Salam Perjuangan
Dalam satu hadith Nabi SAW " Barangsiapa yang akhirat itu tujuan utama baginya, Allah jadikan kekayaan di dalam hatinya, Allah susun urusannya, dan Allah datangkan dunia itu dalam keadaan yang hina baginya. Barangsiapa yang dunia itu tujuan utama baginya, Allah jadikan kefakiran di antara kedua matanya, Allah cerai berai kan urusannya, dan Allah mendatangkan dunia dengan mengikut kadar-kadarnya...(Hadith Tirmidzi)
Saya amat tertarik dengan hadith ini. Kadang-kadang bila saya ditimpa musibah, kelemahan dalam berdakwah, mahupun kegagalan di dalam pelajaran(benda biasa bagi pelajar perubatan), saya akan menjadi hadith ini sebagai motivasi diri untuk saya terus bangkit melangkah ke hadapan. Apabila saya di hina atau dicemuh oleh sahabat2 didakwahkan, saya sebagai seorang insan mempunyai perasaan yang Allah kurniakan kepada saya, mempunyai hati untuk digembirakan dan ditangisi, mempunyai akal untuk berfikir dan bermuhasabah , adakah betul dengan pembawaankan ku..
Demikian juga para Nabi, ketika mana mereka dihina dicemuh , bahkan ada yang dibunuh, itu merupakan benda biasa di kalangan para anbiya yang kesemuanya merupakan insan terpilih dan tahap ketawakalan mereka kepada Allah melebihi segala-galanya.
Dakwah Nabi Nuh A.S
Ketika Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya, seperti mana yang dikatakan didalam Quran, "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku berdakwah kepada kaumku siang dan malam, akan tetapi tidak bertambah satu pun bahkan mereka berpaling daripadaku. Dan setiap kali aku berdakwah kepada mereka supaya kamu mengampunkan mereka, mereka menjadikan jari-jari mereka di dalam telinga, dan mengangkat baju mereka dan menutupi muka mereka, dan mereka menunjukkan kesombongan mereka"(Surah Nuh :7)
Begitulah sabarnya Nabi Nuh A.S yang berdakwah kepada mereka selama 950 tahun, merupakan satu jangka masa yang terlalu lama untuk dibandingkan.
Kesabaran satu Jemaah Islam dan PAS
Bagi pandangan saya , PAS bukan sahaja sahaja sebuah parti politik semata-mata. Apabila kita melihat PAS sebagai parti maka, kita akan melihat lawan kepada PAS iaitu UMNO ialah sebuah parti yang mana kita musuhi disebabkan oleh PERBEZAAN politik semata-mata. Tidak kira jika cadangan yang UMNO cadangkan itu mendatangkan manfaat kepada ummat maka kita akan menolak tanpa ada persepakatan untuk kebaikan ummat Islam.
Jika PAS merupakan sebuah jemaah Islam dan sememangnya itu yang saya maksudkan, maka di sini kita menilai setakat mana kesabaran PAS dalam berhadapan dengan UMNO.
Kerajaan perpaduan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Presiden Haji Abd Hadi , bukan sekitar kebelakangan ini, akan tetapi bersekitar sebelum muktamar PAS lagi, akan tetapi ditarik balik (sebelum diwar-warkan semula di dalam muktamar). Kerajaan perpaduan ialah kerajaan yang hasil daripada gabungan semua parti negara seperti PAS, PKR, DAP ,BN dan tidak akan ada pembangkang. Kerajaan perpaduan juga menuntut pemisahan sistem kehakiman, sistem pilihanraya daripada kerajaan.Hal ini dikatakan menguntungkan PAS, PKR, DAP kerana kebanyakan wakil kerajaan daripada BN terlibat dengan rasuah , penyalahgunaan kuasa. Oleh kerana sistem kehakiman tidak dipengaruhi oleh orang luar termasuk kuasa tertinggi kerajaan, maka sesiapa sahaja termasuk PM boleh diheret kemahkamah. Maka sudah tentu kerajaan perpaduan akan menyebelahi wakil kerajaan yang mempunya status bersih.
Nasib umat Islam di Malaysia.
Ketika mana DAP bergabung dengan PAS untuk menjadi Pakatan rakyat, saya sudah mula gusar hati , ini kerana DAP juga boleh dikatakan menghalang pembentukan kerajaaan Islam, maka nasibnya ummat Islam di Malaysia seolah-olah hak mereka semakin hari semakin terhakis.
Walaupun UMNO telah banyak menghakis hak2 Islam di Malaysia , akan tetapi saya melihat PAS di katakan agak tersepit dengan ketegasan DAP dalam mempertikaikan isu-isu Islam.
Seperti Contoh dalam usul muktamar baru ini iaitu , menyuruh Majlis Fatwa menyiasat penyelewangan Islam yang di lakukan oleh Sister In Islam. Walaupun ada pertikaian sebelum ini oleh Gamis yang mengkritik PAS , tapi saya lebih senang hati memihak kepada PAS, kerana SIS itu melampau dan mereka disokong teguh oleh sebahagian pemimpin UMNO serta banyak tindakan mereka yang melampau batasan .
Ada juga sebahagian UMNO yang menyokong SIS diharamkan(Allah sahaja yang tahu niat mereka). Akan tetapi secara keseluruhan UMNO bukanlah bermatlamatkan Islam sebagai wadah perjuangan walau ada di kalangan mereka yang ingin menegakkan Islam, akan tetapi tersekat dek dunia yang fana ini (berbalik kepada hadith di atas)
Pendapat saya
1. Kerajaan perpaduan seperti yang digagaskan oleh TG Haji Hadi adalah untuk kepentingan ummat Islam di mana tidak ingin kan perpecahan yang teruk yang berlaku di kalangan ummat ISlam di Malaysia khususnya Melayu dan TG ingin kan ummat Islam bersatu dalam mana2 isu yang menguntungkan ummat Islam, Walaupun berbeza dari segi kefahaman politik, tapi untuk isu ummat Islam UMNO dan PAS atas dasar sesama Islam mestilah bersepakat.
Akan tetapi saya berasa sangsi dengan sikap UMNO kerana kenapa mulai sekarang setelah pakatan rakyat banyak memenangi pilihan raya kecil dan semakin banyak figure 2 PR memasuki Parlimen, maka mereka begitu sungguh2 untuk berpakat dengan PAS justeru itu PR akan berpecah. HATI2 PAS.
2. UMNO dan PAS harus duduk semeja untuk berbincang nasib ummat Islam dengan mengetepikan fahaman mereka untuk sementara waktu. Sebagai contoh menentutkan status Islam seorang anak yang bawah 21 tahun(jika tidak silap).
dan apa 2 isu seperti Isu penindasan Ummat Islam di Selatan Thai baru2 ini.( menteri Umno mengeluarkan kenyataan yang sangat terkilan bahawa mereka tidak akan masuk campur dalam urusan Selatan Thai. Sangat mengguris hati ummat Islam di Malaysia, Inikah persaudaraan dibatasi oleh sempadan kenegaraan.ISA yang bercanggah dengan konsep Islam...banyak lagi isu yang lain.
3. PAS ini merupakan jemaah Islam dan berkapasiti besar untuk bertambahnya keahlian) dan dianggotai seramai sejuta lebih keahlian. berbagai latar belakang, setinggi pendidikan seperti PROF dan serendah petani, ada yang mempunyai kefahaman Islam sebelum berjuang dalam PAS, ada yang dapat Fikrah Islam selepas Join PAS. Yang kesemuanya ialah untuk menegakkan negara Islam. Justeru itu, Pemimpin PAS mestilah mempunyai critical thinking dan berpandangan kehadapan dan Insyallah Islam akan memimpin perubahan.
Wallahualam..
Adakah belajar tanpa guru seperti belajar dengan setan?
sekadar pandangan dari insan yang lemah..
Salam perjuangan,
satu entry yang baik, Ilmu merupakan satu tuntutan dalam agama. Bahkan Ilmu islam jg mencakupi perubatan dan ilmu fardhu kifayah yang lain, buktinya lihat lah para ulama dulu, mereka bukan sahaja pandai dalam satu bidang, akan ttp pandai dalam bidang lain.
Mulianya seseorang itu dengan ilmu, Firman Allah : Allah mengangkat orang yang BERIMAN dan BERILMU dikalangan kamu dengan beberapa darjah(mujadalah)
Memperolehi ilmu dengan membaca adalah suatu yang digalakan di dalam islam. Termasuk lah ilmu agama dan mana2 cabang ilmu.
Akan tetapi displin ilmu mestilah dititik beratkan dari segi kesahihannya dan sumbernya.
TERUTAMANYA ilmu yang berkaitan dgn ilmu agama KERANA ilmu agama bukan berfungsi di atas dunia sahaja akan tetapi kita memperolehi SAHAMNYA di akhirat nnti..
Justeru itu pada ulama mengariskan panduan untuk memperolehi ilmu tersebut.
Ilmu agama itu TIDAK boleh secara directly diambil dari buku dan sebarang bahan bacaan. akan ttp mestilah diambil dari guru yang benar2 dipercayai kethiqahannya.
Malah bukan sebarangan guru boleh kita perlajari JIKA MEMBABITKAN ILMU AGAMA.
Saya mengatakan disini ialah ilmu agama mesti diambil dari guru sendiri dan pemilihan guru agama mestilah dibuat. ye lah, takut2 nnti ilmu itu digunakan tanpa kita sedari ilmu tu terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya.
Ilmu agama juga bukan lah dilimitkan oleh seorang guru sahaja. Di sana terdedah dengan pelbagai pandangan ulama yang mungkin berbeza dari segi kefahamannya.
Sebagai contoh tokoh imam Mawardi mensyaratkan pemimpin negara mestilah dilantik imam(khalifah) dari kalangan Quraish.kerana mengambil hadith nabi(RUJUK HADITH NABI).Akan jika kita aplikasikan di malaysia, mana hendak kita cari PM jika berasal dari kalangan Quraish.
Hal ini diperbahaskan oleh ulama bahawa Quraish pada ketika dulu merupakan tokoh yang berpengaruh..Kerana utk menjadi pemimpin mestilah di kalangan orang yang berpengaruh. Aplikasi di Malaysia, PM mestilah dikalangan umat ISLAM DAN MELAYU kerana majoriti kita ialah melayu muslim.. Begitulah ilmu ISLAM..Jika diambil dari segi bacaan atau internet maka PANDANGAN SAYA kita kurang JUJUR DARI segi displin ilmu.
Akan tetapi tidak dinafikan, kitab2 dan bacaan internet merupakan sumber kedua atau seterusnya DAN BUKAN PERTAMA.
WAlahualam. Sekadar pandangan yang lemah...
p/s Ilmu medik jgk mesti dari guru.Dr kat mesir ini hebat, saya dukacita ada kalangan kita tak pergi kelas tapi belajar medic melalui pembacaan buku....SAngat DUKACITA...Di mana kita letakkan harga seorang guru (pendidik) jika kita jarang atau sama sekali tidak ke kelas...
Kata imam Syafie "Ilmu ini ialah sinar cahaya dan tidak masuk kedalam hati yang gelap, aku pernah mengadukan kepada guruku (imam waqi')kerana lemahnya hafalanku, Guruku menjawab kurangkan maksiat"
Imam Bukhari " Aku menuntut dari timur ke barat semata2 hendak meriwayatkan satu hadith dan aku mencari di mana rawi hadith dan aku menuntut dengannya , aku berkhidmat utknya" bukankah apa yang kita paham, bukhari juga mempunyai RATUSAN guru....
Bergurulah..

P/s : Insyallah saya akan menjadi Doktor seperti di atas pada suatu hari nanti berkorban demi Islam dan rakyat jelata...
| Artikel ini sesuai dibaca untuk menjadi salah seorang ahli gerakan islam..Semoga dengan pembacaan ini dapat menilai sejauh mana tahap RELEVANNYA dakwah yang kita buat..Sama-sama muhasabah kembali.. Tergolongkah aku ini? Aku hanya bercakap kosong?tanpa fact and figures? PAtutlah setiap kali aku berdakwah diorang lari? Adakah akademik (medic especially) perlu dikorbankan untuk dakwah? mungkin di situ kesilapan kita.. Kita seolah2 banyak bercakap soal teori sahaja. tapi realitinya tempat yang tercorot juga kita dinilai oleh masyarakat sekeliling? berapa ramai antara kita berdakwah tapi bacaan Quran tidak betul? Solat Subuh dinasour dan gorila punyer cara? nilai kembali Ya Allah teguhkan hamba -Mu ini Setiap manusia memiliki potensi dan bakat tersendiri yang boleh melonjakkannya menjadi insan yang amat diperlukan oleh masyarakat, apatah lagi jika manusia ini daripada jenama Muslim, pasti dia amat diperlukan oleh agamanya untuk mengembang, memperkasa, membenteng, melindunginya daripada anasir yang boleh menggugat kekuatannya daripada serangan makhluk perosak akidah, iman dan ilmu pengetahuan agama. Ia semua tertakluk kepada sejauhmana insan Muslim itu dapat membentuk jati dirinya dengan aspek tarbiyah yang telah diperkatakan sebelum ini, dengan mengambil kira semua jenis tarbiyah yang diperlukan oleh seseorang ahli gerakan Islam yang aktif, di samping memelihara uslub dakwah yang berkesan bagi memastikan kesinambungan gerakan Islam terus utuh dan kukuh di persada alam ini. Bagi memastikan agar Islam terus berkembang melalui usaha dan kerja dakwah, ahli-ahli gerakan Islam perlu memelihara beberapa konsep akhlak yang dikira sebagai penting bagi meneruskan misi untuk memartabatkan Islam sebagai agama tertinggi dalam perjuangan hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini, antara akhlak tersebut yang mesti dipelihara ialah: 1. Akhlak terhadap Allah 2. Akhlah terhadap Rasulullah 3. Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran) 4. Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah 5. Akhlak sesama jiran tetangga 6. Akhlak terhadap orang ramai Konsep akhlak dalam Islam Islam mempunyai dua sumber iaitu al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut: Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah). Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar. Justeru, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa, akhlaklah yang menjadikan seseorang Muslim itu hingga mencapai iman yang sejati, ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesempurna iman seseorang yang beriman itu adalah yang paling baik akhlaknya." Akhlak terhadap Allah SWT Ia bermaksud bahawa yang paling utama sekali ialah beriman kepada Allah SWT selaku Pencipta yang meliputi kepercayaan dan pegangan kental mengenai 'Tauhid Uluhiyyah' dan 'Tauhid Rububiyyah' bagi melahirkan iman dan akidah yang sejahtera daripada sebarang kepercayaan khurafat, bid'ah, tahayul, syirik yang sememangnya tidak sinonim dengan ahli-ahli gerakan Islam yang memperjuangkan akidah yang benar berpaksikan al-Quran dan Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Akhlak terhadap Rasulullah s.a.w. Iaitu keimanan dan kepercayaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dan nabi terakhir seperti yang ditegaskan oleh al-Quran, membenarkan risalah yang dibawa kepada umat bagi menyatakan konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' tanpa mengira batas sempadan kaum, bangsa, kedudukan, pangkat, jantina dan sebagainya, semuanya sama di sisi Allah, kerana yang paling bertakwa adalah yang paling mulia di sisi-Nya. Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran) Sesungguhnya al-Quran adalah rujukan utama kepada ahli-ahli gerakan Islam, ia dapat dijelmakan melalui pembacaan, penghayatan, kajian, penghafazan jika mampu lakukan atau menghafaz surah-surah tertentu yang sering dibaca oleh orang awam dan mentafsirkannya dengan pendekatan yang mudah difahami oleh golongan sasaran, ia bertujuan bagi menarik mereka kepada jalan hidup Islam yang sempurna. Ini kerana al-Quran seperti apa yang pernah disampaikan oleh baginda sendiri, bahawa di dalam al-Quran ada menceritakan kisah orang-orang terdahulu daripada umat hari ini dan berita mengenai kehidupan di alam akhirat, ia memberi maksud bahawa kitab suci itu amat berguna untuk pegangan ahli-ahli kerana ia mampu menginsafkan mereka di samping menetukan hala tuju hidup terakhir untuk menuju jalan menemui Allah SWT. Ahli gerakan Islam perlu tahu tafsir al-Quran dengan baik, kerana ia terbahagi kepada tafsir al-Ma'thur sama ada tafsir ayat dengan ayat yang lain, atau tafsir ayat yang diperjelaskan oleh hadis Nabi, tafsir bi ar'yi al-Mamduh aitu tafsir dengan menggunakan pendapat yang boleh diterima seperti kitab tafsir yang dibuat oleh kedua-dua Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS, tafsir Hamka, tafsir Ustaz Sonhaji Mohammad al-Ibr al-Athir dalam bahasa Melayu, Saiyid Qutb yang ditrerjemahkan dalam bahasa Melayu oleh al-marhum Yusuf Zaki Yaakob dan lain-lain. Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah Hadis adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran. Sebagai ahli gerakan Islam, mereka perlu melihat bahawa hadis atau sunnah Nabi Muhammad penting dalam kehidupan rutin harian, iaitu mereka perlu menghafaz beberapa hadis penting sebagai rujukan hujah ketika menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai. Mereka juga perlu menguasai perkara yang berkaitan dengan hadis atau sunnah seperti mengetahui imam-imam tersohor agak tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang berselindung dalam kelambu orang Melayu. Imam-imam itu adalah seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie disamping Imam Baihaqi, Tabarani, al-Hakim dan lain-lain, begitu juga menguasai ilmu 'Ulum al-Hadis' dengan mengetahui istilah hadis sohih, do'if, mutawatir, mursal, maudo' (palsu) dan lain-lain. Akhlak sesama jiran tetangga Ia juga merupakan pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan memelihara jiran tetangga walaupun mereka bukan beragama Islam, ini adalah kerana mereka juga merupakan makhluk manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang sama dengan kita. Ahli-ahli gerakan Islam adalah disaran agar memiliki ciri mesra alam dengan sesiapa terutama jiran tetangga, dengan tidak diri atau isteri mendedahkan aurat ketika berinteraksi dengan mereka kerana ini boleh menghilangkan sedikit rasa tidak percaya mereka kepada diri dan menjejaskan potensi untuk mengajak mereka kepada Islam secara praktikal. Layanilah mereka dengan santun dengan tidak mengguris perasaan mereka walaupun mereka tidak menerima dakwah yang kita syorkan kepada mereka, apatah lagi mereka tidak sinonim dengan masjid atau program surau yang berbentuk kemasyarakatan dan ilmiah. Ahli perlu bersabar terhadap keranah mereka sebagai menyahut seruan baginda s.a.w. yang bermaksud: "Seorang mukmin yang bercampur/bergaul dengan orang ramai dan bersabar terhadap karenah-karenah mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur/bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar terhadap karenah-karenah mereka." Akhlak terhadap orang ramai Ia satu lagi akhlak yang perlu dititik-beratkan oleh ahli gerakan Islam, iaitu menjadikan orang ramai sebagai medium untuk menyampaikan mesej dakwah. Tetapi apapun sebelum melakukan tugas atau usaha dakwah itu, ahli perlu menguasai ilmu-ilmu alat di samping menyelami kehendak mereka bagi memudahkan kerja-kerja dakwah dengan tidak menghalalkan cara yang salah untuk sampai kepada matlamat. Usaha dakwah terhadap orang ramai perlu menunjukkan sikap dan akhlak terpuji, apatah lagi ia tidak kelihatan menyanggah sunnah-sunnah Rasululla s.a.w. seperti menghisap rokok, minum atau makan berdiri, memakai pakaian yang tidak dianggap sopan menurut pandangan orang ramai. Ia bertujuan untuk sampai kepada matlamat sebenar penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, sekali gus menaikkan taraf mereka sebagai sebaik-baik umat seperti yang ditegaskan Allah melalui ayat 110 surah Ali 'Imran yang bermaksud: "Kamu adala sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada umat manusia sejagat, dengan menyuruh mereka melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah." - lanh_ oleh :ustaz Zainuddin Hashim |
Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan
Salam perjuangan
10 hari lagi utk exam anatomy...
Insyallah dengar kudrat yang Allah bagi , sama 2 kita cemerlang. Saya merasakan musim peperiksaan Tahun 2 benar menguji saya untuk istiqomah dalam study dan ketaqwaan mestilah dijaga dan dipupuk selalu supaya tidak tergoyak dan karam di tengah perjuangan
Semakin hampir dengan exam, kadang-kadang kita merasakan diri kita keseorangan, tapi ketaqwaan kita lah yang menjadi teman dan di sana ada yang memerhatikan anda..Iaitu Allah S.W.T.
YAkin lah setiap ujian yang diberikan adalah hikmah. Optimis dan sangka baik dengan Allah.
3 A.M - Terjaga dari tidur lantaran lampu yang tidak ditutup sebelum tidur.
Bertafakur sebentar , berfikir tentang dosa yang dilakukan, mungkin kepada Allah dan juga manusia. Dosa yang kita buat memanglah susah nak ingat , manusia ingat ialah dosa orang lain terhadapnya. Reward and punishment seperti mana kitorang belajar dalam physiology.
8 A.M- Saya bukanlah seorang pelajar yang belajar pick up dan terus ingat.. Campur semangat yang lemah. ...Ada caranya iaitu study di Library.. Aku melihat arab punya nota macam di blender..huhu mantop.. Di situ semangat kita dapat seperti hadith, orang yang selalu berdamping dengan penjual minyak wangi akan mendapat wangian.
Tapi arab bila nampak aku terus sembang, macam-macam juga kitorang sembang terutamanya Anas Magdi. Dia mengata mahu bernikah tapi ayah di tak bagi.. Aku ketawa besar dan memandangnya bersahaja...Yelah golongan Arab meletakkan syarat yang begitu ketat untuk berkahwin seperti kereta sebijik, rumah sebuah dan duit dalam bank berpuluh-puluh ribu baru boleh kahwin. Tidak hairan lah khutbah jummat yang selalu aku dengar(buat2 paham) menyeru untuk memudahkan perkahwinan.. Itu lah masalah nya apabila Berzina lebih mudah dari bernikah..
5 A.M - Menelefon ayah dan mak dan meminta supaya mereka mendoakan kejayaan anaknya di sini. Meminta ampunan dan kemaafan selalu. Kepada mak " Selamat Hari Ibu" jika belum terlambat lagi.
8 A.M- Perjuangan mesti diteruskan..Ya Allah..
kepada Mak terima lah lagu ini (jika mak membaca blog ini)
Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini
Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku
Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku
Korus:
Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu
Hanyalah kasihmu.... ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh
Bridge:
Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya


